PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN
Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.
Merisik
Pihak keluarga si teruna akan membawa rombongan yang tidak kurang daripada 5 – 20 orang yang terdiri daripada orang-orang tua di dalam keluarga si teruna. Pada masa ini, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan serta diperjelaskan secara terperinci. Ini termasuklah soal mas kahwin serta lain-lain perkara yang berkaitan. Jika kata sepakat sudah diambil, ayahanda si teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.
Kebiasaannya yang akan menerima bagi pihak si dara adalah ayahanda si dara atau mereka yang lebih berusia di dalam keluarga si dara. Jika sudah disambut segala ini maka barulah kedua-dua keluarga boleh memulakan perbincangan untuk majlis perkahwinan seperti tarikh dan bentuk majlis yang akan diadakan nanti. Mulai saat ini, si dara sudah secara rasminya tunangan kepada si teruna dan si dara tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna yang lain selain daripada tunangannya sendiri. Bagi keluarga si teruna pula adalah perlu untuk mereka memberitahu kepada sanak-saudara dan jiran tetangga mereka mengenai pertunangan anak mereka. Tiada tempoh yang khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut masyarakat Iban adalah lebih baik sekiranya majlis perkahwinan dipercepatkan untuk mengelak benda-benda yang tidak diingini daripada berlaku risik.
Meminang
Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.
Bertunang
Setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan pertunangan itu dijalankan. Keluarga pengantin akan datang untuk menguruskan ikatan pertunangan itu. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan “lapit” atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagi tanda pertunangan. Mulai dari hari itu, lelaki dan perempuan akan ditanda dengan ikatan pertunangan yang sah. Selepas ikatan pertunangan itu diikat, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan menerima kunjungan lelaki lain selain daripada tunang dan ahli keluarganya sahaja. Jika tidak, perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan pertunangan yang baru diikat itu.
Sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan tanda bahawa masing-masing sudah dimiliki. Tempoh pertunangan kemudian ditetapkan. Tarikh perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua atau tiga hari kemudian,wakil dari pihak lelaki akan memaklumkan kepada saudara-mara dan jiran tetangga tentang pertunangan itu. Semasa pertunangan itu, bakal pengantin lelaki dan pengantin perempuan haruslah sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai tanda mereka sudah ada yang memiliki. Sekiranya pertunangan itu putus kerana salah seorang yang melakukan kecurangan, maka sesiapa yang melakukan kecurangan itu akan dikenakan denda sebagai menebus malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Tetapi, sekiranya pertunangan itu terputus kerana kematian dan sebab-sebab lain, maka hubungan di antara pihak lelaki dan perempuan masih berjalan dengan baik.
No comments:
Post a Comment