Monday 31 August 2015


Kesimpulan


     Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat manusia. Perkahwinan dianggap sebagai tali penyambung dalam menghubungkan dua insan secara halal sehingga mendapat zuriat. Keutuhan Adat resam perkahwinan merupakan sesuatu agenda kesinambungan dalam sesuatu kaum.  Ianya mencerminkan budaya dan adat resam yang harus dijaga bagi tatapan dan sejarah sesuatu bangsa. Kemodenan hari ini umumnya sedikit sebanyak boleh menjejaskan  pewarisan budaya adat resam khususnya adat perkahwinan kepada generasi baharu . Namun budaya ini harus diberitahu kepada anak-anak muda agar ianya” tak luput dek hujan dan tak lekang dek panas.” Walaupun dunia menuntut perubahan dalam cara hidup selari dengan arus kemajuan namun amalan budaya seharusnya tidak dilupakan begitu sahaja kerana ianya merupakan khazanah sesuatu masyarakat.  Walau bagaimanapun bagi orang-orang Melayu khususnya , Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

No comments:

Post a Comment